Teori-teori Semantik
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Secara tradisional, semantik melibatkan kajian interpretasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik. Brown dan Yule (1983) dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi (1992) menyatakan bahawa semantik dianalisis melalui sintaksis yang melibatkan wacana atau teks secara keseluruhan. Untuk menganalisis makna dalam sesuatu bahasa, terdapat banyak tokoh linguistik menganalisis bahasa menggunakan teori-teori semantik tertentu. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam menganalisis makna. Namun demikian, tiada satu teori yang relevan diaplikasikan untuk menganalisis makna ujaran dengan lebih tepat. Oleh yang demikian, dalam menganalisis makna, pemilihan teori yang bersesuaian dengan ...