Rancangan Pengajaran Harian Matematik KSSR Tahun 5 (Masa dan Waktu)

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin


Mata Pelajaran
:
Matematik (SK)
Kelas
:
5 USM
Bilangan Murid
:
33 Orang
Tarikh / Hari
:
30 Ogos 2018 / Khamis
Masa
:
06:40 – 07:40 pagi (60 minit)
Bidang Pembelajaran
:
Sukatan dan Geometri
Tajuk
:
11 – Masa dan Waktu
Standard Kandungan
:
11.2
Penambahan Masa
Standard Pembelajaran
:
(i)
Menambah hingga tiga masa melibatkan:
a)     Tahun dan dekad
b)     Tahun dan abad
Objektif Pembelajaran dan Pemudahcaraan
:
Pada akhir proses pembelajaran dan pemudahcaraan, murid dapat:
       i.         Menambah hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad.
     ii.         Menjawab sekurang-kurangnya dua daripada tiga soalan lembaran kerja penambahan unit masa dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada
:
Sebelum pembelajaran dan pemudahcaraan, murid tahu:
    i.         Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah.
   ii.         Menukar unit masa yang melibatkan saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan, tahun dan dekad.
Strategi Pengajaran
:
Pendekatan kontekstual, pendekatan induktif, perbincangan, koperatif dan soal jawab
Alat Bantu Mengajar
:
Papan putih, kad manila, pena penanda, papan putih mini, komputer riba, pembesar suara, projektor
Bahan Bantu Mengajar
:
Kad trafik, lembaran kerja, paparan slaid
Kemahiran Berfikir
:
Menjana idea, menghubung kait, mengaplikasi, merumus
Nilai-nilai Murni
:
Keberanian, kejujuran, kerjasama



Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Menulis umur

Soalan
Bagaimanakah cara untuk mencari jumlah umur ahli kumpulan kamu?
1.     Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2.     Setiap kumpulan diberikan pena penanda dan papan putih mini.
3.     Murid secara berkumpulan menulis umur papa papan putih mini.
4.     Guru bertanya kepada murid tentang cara untuk mencari jumlah umur ahli kumpulan mereka.
5.     Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.
ABM
·       Papan putih mini
·       Pena penanda
·       Projektor
·       Komputer riba
·       Pembesar suara
BBM
·       Kad trafik
·       Paparan slaid
EMK
·       TMK
KP
·       Verbal linguistik
KB
·       Menjana idea
Strategi
·       Kontekstual
Nilai
·       Kerjasama
Langkah 1
(15 minit)
Memahami penambahan hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad

1.     Guru memaparkan soalan penambahan masa menerusi paparan slaid.
2.     Guru menerangkan cara untuk melakukan penambahan tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad kepada murid menggunakan Kit TamToUp
3.     Murid secara sukarela menjawab soalan penukaran unit masa melibatkan tahun dan abad pada papan putih berdasarkan soalan pada paparan slaid.
4.     Murid dan guru bersama-sama membincangkan jawapan.

ABM
·       Papan putih
·       Pena penanda
·       Komputer riba
·       Pembesar siara
·       Projektor
BBM
·       Paparan Slaid
·       Kit TamToUp
·       Kad trafik
EMK
·       Kreativiti dan Inovasi
KP
·       Logikal
·       Verbal linguistik
KB
·       Menjana idea
·       Menghubung kait
Strategi
·       Induktif
Nilai
·       Keberanian
Langkah 2
(15 minit)
Menambah hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad
1.     Guru mengedarkan lembaran kerja berkenaan penambahan hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad.
2.     Murid menjawab soalan lembaran kerja tersebut.
3.     Guru memberi bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan lembaran kerja.
4.     Murid secara sukarela menulis jawapan pada papan putih.
5.     Guru dan murid bersama-sama membincangkan jawapan.
6.     Murid menyemak jawapan dengan bimbingan guru.

ABM
·       Papan putih
·       Pena penanda
·       Komputer riba
·       Pembesar suara
·       Projektor

BBM
·       Lembaran kerja
·       Kad trafik
·       Kit TamToUp
EMK
·       Nilai murni
KP
·       Logikal
KB
·       Mengaplikasi
Strategi
·       Perbincangan
Nilai
·       Keberanian
·       Kejujuran
Langkah 3
(20 minit)
Aktiviti berkumpulan:
Kuiz berkumpulan berkenaan penambahan hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad


1.     Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
2.     Setiap kumpulan diberikan papan putih mini dan pena penanda.
3.     Guru menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti berkumpulan.
4.     Murid secara berkumpulan menjawab soalan kuiz yang guru paparkan menerusi paparan slaid pada papan putih mini secara bergilir-gilir
5.     Murid dan guru bersama-sama membincangkan jawapan.
6.     Guru memberi markah kepada setiap kumpulan.

ABM
·       Papan putih mini
·       Pena penanda
·       Papan putih
·       Komputer riba
BBM
·       Paparan slaid
·       Kit TamToUp
·       Kad trafik
EMK
·       TMK
KP
·       Logikal
·       Interpersonal
KB
·       Mengaplikasi
Strategi
·       Koperatif
Nilai
·       Kerjasama
Penutup
(5 minit)
Penutup kognitif

Soalan
i.         Apakah yang telah kamu pelajari?           
1.     Murid menyatakan perkara yang telah dipelajari pada hari ini.
2.     Murid menyatakan cara untuk menambah hingga tiga masa melibatkan tahun dan dekad, tahun dan abad
3.     Guru dan murid bersama-sama merumuskan isi pelajaran.
4.     Guru memberikan kerja rumah kepada murid.
BBM
·       Kad trafik
EMK
·       Nilai murni
KP
·       Verbal linguistik
KB
·       Merumus
Strategi
·       Soal jawab
Nilai
·       Keberanian




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran