Catatan

Sejarah Perkamusan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2007), b idang leksikografi atau perkamusan tidak bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain. Al-Kassimi (1983) yang dipetik daripada Ibrahim Ahmad (2005) yang menyatakan bahawa perkamusan bermula sebagai alat praktis bukan sebagai alat teoritis. Hal ini kerana, kemunculan leksikografi berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Pada abad ke-7, Leksikografi Arab telah muncul disebabkan beberapa sebab keagamaan. Pada dasarnya, kamus tersebut disusun untuk menerangkan perkataan luar biasa yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Hashim Musa (2003) menyatakan bahawa bentuk awal leksikografi berkembang menerusi nota-nota istimewa yang dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India, misalnya karya-karya Kitab Veda dan sifat ekabahasa di tamadun India. Pada zaman tamadun Yunani, glos dibuat di...

Drama dalam Pendidikan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), seni drama merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-kanak belajar mengenal diri dan masyarakat menerusi drama. Hal ini demikiian kerana, elemen asas yang terdapat dalam mencerminkan kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan lebih efektif. Mereka juga boleh dilatih dalam aspek penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai menerusi aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Pembelajaran melalui drama akan menjadikan pembelajaran murid-murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan.             Drama merupakan salah satu elemen yang merentas kurikulum kerana boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau ...

Jenis-jenis Improvisasi

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Peter Moore (1998) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut: Jenis-jenis Improvisasi Huraian Permainan Bebas Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan Tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru. Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu. Improvisasi Spontan Guru sediakan bahan rangsangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian dengan situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membu...

Aktiviti Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Teknik improvisasi mempunyai beberapa aktiviti. Pengaplikasian aktiviti tersebut sudat tentu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjalan dengan lebih efektif. Terdapat beberapa aktiviti improvisasi yang boleh dilaksanakan oleh guru seperti yang berikut: Aktiviti Improvisasi Huraian Improvisasi berdasarkan situasi Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. Teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama. Improvisasi berdasarkan gambar Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu. Improvisasi berdasarkan petikan cerita Petikan cerita atau insiden tertentu d...

Peranan Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Dalam pengajaran aspek seni bahasa, teknik improvisasi mempunyai beberapa peranan penting. Berdasarkan pernyataan tersebut, teknik improvisasi seharusnya diaplikasikan oleh guru kerana mampu meningkatkan keyakinan diri murid dalam menyampaikan idea. Berikut merupakan peranan improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Peranan Improvisasi Huraian Meningkatkan daya imaginasi Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini   dapat mencerna atau mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir. Merangsang kemahiran bahasa Guru   dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendahar...

Pendekatan Improvisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Pengimplementasian teknik improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu amatlah fundamental terutamanya dalam pengajaran aspek seni bahasa. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam teknik improvisasi yang boleh digunakan oleh guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berikut merupakan pendekatan improvisasi: Pendekatan Improvisasi Huraian Bersedia menghadapi ketidak sempurnaan Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi   yang tidak lengkap, tidak tersusun dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Perkara yang penting ialah bagaimana murid dapat menggabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan. Tidak perlu pentas yang sempurna Improvisasi   tidak memerlukan ...

Pembinaan Luaran Watak dalam Drama

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Berbicara mengenai pembinaan luaran watak dalam drama, hal ini sebenarnya merujuk kepada sifat fizikal dan rupa watak tersebut (Zakaria Ariffin, 2001). Rupa merujuk kepada bentuk badan, sifat dan roman muka yang selari dengan watak yang ingin disampaikan. Contohnya, jika ingin melakonkan watak jin maka rupa pelakon juga harus mengikut rupa fizikal jin seperti janggut dan mengerikan. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan mood pelakon untuk membina watak dan memainkan watak tersebut.             Selain itu dari segi perawakan yang merujuk kepada cara seseorang bergerak, berpaling, berjalan di atas pentas penting untuk meningkatkan luaran watak lakonan tersebut. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang ayah, maka gerak-geri dan perawakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang tegas dan matang, berkumis dan sebagainya. Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan mata, kedut k...