Catatan

Peranan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad dalam Bidang Perkamusan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 14 September 1993 untuk tujuan menyediakan prasarana industri terjemahan di negara Malaysia. Pentadbiran bagi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad adalah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat utama penubuhan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad adalah untuk memartabatkan industri penterjemahan di Malaysia. Penubuhan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad juga adalah untuk mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan penterjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat sama ada peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad juga turut bertanggungjawab dalam memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri penulisan buku di Malaysia. Visi Institut Terjemahan d...

Glosari

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Glosari merupakan satu senarai kata yang disediakan pada halaman belakang sesebuah buku atau kamus (Ibrahim Ahmad, 1994). Disediakan oleh penerbit dengan tujuan memberikan penjelasan dengan lebih lanjut kepada pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari ditulis selepas berakhirnya penulisan keseluruhan bab iaitu dengan mengutip beberapa istilah yang dirasakan penulis “istilah asing” dalam hasil penulisan dan kemudiannya menjelaskan kembali mengikut konteks tertentu berdasarkan beberapa idea utama penulis yang boleh digabungkan dengan rujukan. Sekali pandang, cara penulisan glosari menyamai cara penulisan entri kemasukan pada mana-mana kamus utama yang ada tetapi tidaklah begitu kerana tidak disertakan sebutan, etimologi dan sebagainya.        ...

Kependekan dalam Perkamusan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Kependekan dalam kamus merupakan singkatan atau ringkasan daripada sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan. Menurut Harimurti Kridalaksana (1992) kependekan itu boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah: Kategori Kependekan Huraian Singkatan Sesuatu ejaan kata yang disingkat, dipendekkan atau diringkaskan. Penggalan Bahagian kata yang dipenggal. Akronim Gabungan huruf awal atau suku kata yang boleh diujar sebagai kata. Kontraksi Proses memendekkan bentuk-bentuk lingusitik. Lambang huruf Huruf vokal dan selebihnya lambang huruf konsonan. Beberapa perubahan telah dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu dengan menyelaraskan semua entri kependekan kata am mengikut sistem penulisan Gaya Dewan Edisi Ketiga dengan tidak meletakkan nokhtah di antara huruf. Contoh, S.W.T diubah kepada SWT dan Y.A.B diubah kepada YAB. Kamus Dewan Edisi Keempat j...

Tanda dalam Perkamusan

Penulisan: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), tanda dalam konteks perkamusan bermaksud tanda yang diguna pakai oleh penyusun untuk menjelaskan lagu huraian maksud perkataan yang terdapat di dalam kamus. Terdapat empat jenis tanda yang kerap digunakan  iaitu tanda ‘tidle’ atau gelombang, tanda anak panah ke kanan, tanda pedang dan tanda persamaan. Tanda ‘ Tidle’  atau Gelombang ( ~ ) Tanda ini merupakan suatu grafem yang mempunyai beberapa fungsinya tersendiri. Namanya berasal dari bahasa Latin “titulus” yang bermaksud suatu judul atau tulisan di bahagian luar sesuatu. Simbol ini awalnya digunakan di atas suatu huruf sebagai tanda kependekan. Tanda gelombang kemudian mendapat beberapa fungsi lain sebagai tanda diakritik atau berfungsi sebagai satu huruf sendiri. Sebagai suatu huruf sendiri (terutama dalam leksikografi), tanda gelombang digunakan pada kamus untuk menggantikan sublema yang terdapat dalam dekripsi kamus ...

Etimologi dalam Perkamusan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Menurut Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail dan Mastura Mohamed Berawi (2014), etimologi dalam kamus merupakan satu label yang diguna pakai untuk mengenal asal usul kata atau ungkapan yang dimasukkan ke dalam entri kamus. Nahu yang dicapai itu mesti mencakupi rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan makna kata yang dikesan itu. Perkataan etimologi berasal daripada bahasa Belanda, iaitu “ etymologie ” yang mana kata dasarnya berasal daripada bahasa yunani iaitu “ etymos ” yang bermaksud ilmu sebuah kata. Penggunaannya mula dikesan dalam kamus Oxford English Dictionary (1928) dan diikuti oleh beberapa kamus lain selepas zamannya. Asal usul perkataan ditunjukkan dalam kamus dengan menggunakan pelbagai kata kependekan yang diletakkan pada hujung perkataan berkenaan. Hal ini bertujuan untuk membantu pengguna mengesan asal usul perkataan diambil dan pada masa yang sama melihat proses resapan masuk perkataan berkenaan ke ...

Sebutan dalam Perkamusan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Sebutan merupakan satu kaedah menerang yang disediakan dalam kamus, iaitu bagaimana cara mengujarkan sesuatu kata atau ungkapan. Dalam erti kata lain, cara membunyikan perkataan turut disediakan dalam kamus yang baik. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan tetapi bukanlah sesuatu yang dimestikan. Ini boleh berlaku dalam dua jenis kamus iaitu kamus bercetak dan kamus elektronik. Panduan sebutan bertutur disediakan khusus untuk memudahkan penggunaannya. Dalam konteks ini, kamus tersebut sesuai  digunakan oleh semua peringkat masyarakat, murid-murid mahupun golongan profesional. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Awang Sariyan (1988) menyatakan b...

Variasi dalam Perkamusan

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir Variasi bermaksud penyimpangan atau sesuatu yang menyimpang daripada kelaziman, standard atau kebiasaan seperti sifat, ciri-ciri dan sebagainya. Terdapat dua jenis variasi yang wujud dalam kamus yang baik, iaitu variasi kata dan variasi ejaan ( Khairu d din Mohamad et al., 2014). Variasi Kata Variasi kata dalam kamus perlu terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu, terdapat juga kemungkinan bahawa seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti bentuk standardnya akan mendapat faedah daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus. Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), apa yang berlaku ialah kewujudan variasi kata terhasil daripada kegagalan menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul akibat gejala “pelat” dan sebagainya. Contohnya, perkataan ‘khanduri’ bentuk standardnya ialah kenduri, ‘lafal’ bentuk standardnya lafaz dan ‘petenah’ bentuk standardnya ...