Tanda dalam Perkamusan

Penulisan: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir

Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2014), tanda dalam konteks perkamusan bermaksud tanda yang diguna pakai oleh penyusun untuk menjelaskan lagu huraian maksud perkataan yang terdapat di dalam kamus. Terdapat empat jenis tanda yang kerap digunakan iaitu tanda ‘tidle’ atau gelombang, tanda anak panah ke kanan, tanda pedang dan tanda persamaan.

Tanda ‘Tidle’ atau Gelombang ( ~ )

Tanda ini merupakan suatu grafem yang mempunyai beberapa fungsinya tersendiri. Namanya berasal dari bahasa Latin “titulus” yang bermaksud suatu judul atau tulisan di bahagian luar sesuatu. Simbol ini awalnya digunakan di atas suatu huruf sebagai tanda kependekan. Tanda gelombang kemudian mendapat beberapa fungsi lain sebagai tanda diakritik atau berfungsi sebagai satu huruf sendiri. Sebagai suatu huruf sendiri (terutama dalam leksikografi), tanda gelombang digunakan pada kamus untuk menggantikan sublema yang terdapat dalam dekripsi kamus atau contoh penggunaannya. Dalam kamus tanda ini diletakkan pada kata kemasukan pecahan seperti frasa, ungkapan dan sebagainya di mana peranannya adalah untuk menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya.


Tanda Anak Panah ke Kanan 

Tanda anak panah ke kanan bermaksud keperluan untuk melihat atau merujuk kepada perkataan kedua yang dicadangkan oleh penyusun kamus. Hal ini berlaku kerana perkataan tersebut bersifat sinonim dengan perkataan asal atau mempunyai maksud yang hampir sama. Dalam keadaan tertentu, ada kemungkinan berlaku di mana perkataan kedua yang dirujuk bersifat kuno.

Tanda pedang ( † )

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda pedang ( † ) menandakan bahawa sesuatu entri itu bersifat arkaik. Arkaik bermaksud sudah kuno, sudah ketinggalan zaman dan sudah tidak lazim digunakan lagi. Pada terbitan kamus dewan seterusnya tanda tersebut telah digantikan dengan singkatan ark. Penggunaan singkatan ini telah diselaraskan  dalam seluruh Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam kamus ini, tanda ini dipakai sebagai peringatan bahawa kata yang berkenaan jarang dipakai, penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja, sudah kuno atau mati dan disangsikan kebenarannya disebabkan oleh salah bacam salah tulis, salah dengar dan lain-lain. 

Tanda Persamaan ( = )

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda persamaan (=) menandakan bahawa suatu perkataan itu sama dengan, atau dengan satu lagi perkataan lain. Dalam contoh di bawah ini ditunjukkan penggunaan tanda persamaan di mana istilah lantang sama dengan, atau melantang.   





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran