Glosari
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir
Glosari merupakan satu senarai kata yang disediakan pada halaman belakang sesebuah buku atau kamus (Ibrahim Ahmad, 1994). Disediakan oleh penerbit dengan tujuan memberikan penjelasan dengan lebih lanjut kepada pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari ditulis selepas berakhirnya penulisan keseluruhan bab iaitu dengan mengutip beberapa istilah yang dirasakan penulis “istilah asing” dalam hasil penulisan dan kemudiannya menjelaskan kembali mengikut konteks tertentu berdasarkan beberapa idea utama penulis yang boleh digabungkan dengan rujukan. Sekali pandang, cara penulisan glosari menyamai cara penulisan entri kemasukan pada mana-mana kamus utama yang ada tetapi tidaklah begitu kerana tidak disertakan sebutan, etimologi dan sebagainya.
Ulasan
Catat Ulasan