Kependekan dalam Perkamusan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir

Kependekan dalam kamus merupakan singkatan atau ringkasan daripada sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan. Menurut Harimurti Kridalaksana (1992) kependekan itu boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti yang ditunjukkan oleh jadual di bawah:

Kategori Kependekan

Huraian

Singkatan

Sesuatu ejaan kata yang disingkat, dipendekkan atau diringkaskan.

Penggalan

Bahagian kata yang dipenggal.

Akronim

Gabungan huruf awal atau suku kata yang boleh diujar sebagai kata.

Kontraksi

Proses memendekkan bentuk-bentuk lingusitik.

Lambang huruf

Huruf vokal dan selebihnya lambang huruf konsonan.

Beberapa perubahan telah dibuat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu dengan menyelaraskan semua entri kependekan kata am mengikut sistem penulisan Gaya Dewan Edisi Ketiga dengan tidak meletakkan nokhtah di antara huruf. Contoh, S.W.T diubah kepada SWT dan Y.A.B diubah kepada YAB.

Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah memasukkan 13 tambahan kependekan label bagi bidang tertentu seperti Kim untuk bidang kimia dan sains nuklear, Kom untuk bidang komunikasi, S.Bina untuk bidang seni bina, S. Lukis untuk bidang seni lukis, Ast untuk bidang astronomi dan banyak lagi. Di samping itu, terdapat juga penambahan label bagi kata pinjaman asing seperti Eskimo, Itali, Jerman dan Quecha. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan pengguna-pengguna kamus biasanya maklumat tentang kependekan ini dilampirkan bersama pada halaman hadapan kamus dengan harapan supaya pengguna mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu sebelum menggunakan kamus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran