Perumpamaan

 Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin dan Nadsri bin Kadir

Menurut Awang Had Salleh dan Abdul Razak Abu dalam Abdullah Yusof (2009), perumpamaan adalah susunan kata dalam sesuatu ayat yang memberi makna khas berlainan daripada apa yang diucapkan atau ditulis dalam sesuatu ayat, atau yang membandingan sesuatu dengan benda lain boleh diertikan sebagai perumpamaan. Setiap perkataan dalam sesuatu perumpamaan adalah diumpamakan kepada sikap dan perangai manusia atau corak hidup masyarakat. Pada dasarnya, terdapat dua bentuk perumpaan dalam bahasa Melayu iaitu perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan dan perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului oleh kata-kata perbandingan iaitu bak, bagai, ibarat, laksana, macam, seperti dan umpama. Manakala, perumpamaan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan merupakan perumpamaan yang tidak didahului oleh kata-kata perbandingan. Contohnya, gunting dalam lipatan, diberi betis nak paha dan genggam bara api biar sampai jadi arang.

Menurut Zulkefley Hamid (2005) pula, perumpanaan merupakan suatu bentuk susunan perkataan yang indah, ringkas dan kemas. Sama seperti jenis peribahasa yang lain, perumpamaan juga mempunyai makna yang bersifat konotatif iaitu makna perkataan yang membentuk perumpamaan tidak menggambarkan maksud perumpamaan tersebut. Perumpamaan mengaitkan atau mengumpamakan sesuatu maksud dengan perkara lain yang sebanding. Kebiasaanya, perkaitan tersebut menggunakan unsur-unsur alam sebagai objek perbandingan. Perumpamaan diklasifikasikan kepada dua bentuk iaitu menggunakan perbandingan secara terus dan tidak perbandingan secara terus. Perumpamaan yang menggunakan perbandingan secara terus mengandungi penggunaan perkataan yang membawa maksud perbandingan iaitu ibarat, bagai, umpama dan seperti. Secara umumnya, terdapat tiga ciri perumpamaan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

 Terdapat penggunaan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

Dari segi bentuk, perumpamaan berupa satu klausa pendek.

Mengungkapkan perbandingan suatu keadaan atau tingkah laku seseorang dengan keadaan sekeliling.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teknik Plot

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran