Konsep Akhlak Pelajar Menurut Islam dan Pengaplikasian Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq yang membawa maksud peri laku, perangai atau tabiat. Menurut Mardzelah Makhsin (2003), akhlak merupakan suatu sifat yang tertanam dalam diri yang mana dapat mezahirkan sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Dalam erti kata yang lain, akhlak merupakan sebarang bentuk perbuatan yang dizahirkan oleh seseorang individu tanpa perlu membuat pertimbangan terlebih dahulu. Safee Zakaria dan Mohd Zin Dalid (2007) menyatakan bahawa akhlak merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. Akhlak juga dapat takrifkan sebagai sebarang bentuk perlakuan yang tidak memerlukan daya pemikiran dalam melakukan sesuatu. Akhlak dalam Islam adalah universal iaitu merangkumi suatu konteks yang agak luas. Salah satu da...