Konsep Tingkah Laku Bermasalah
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin Tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang tidak normal yang terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat terganggu dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mok (2011) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses ...